Usahawan IKS Bumiputera (UIB) adalah inisiatif sekumpulan usahawan bumiputera untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan dunia perniagaan khasnya bagi membantu sesama usahawan berkomunikasi dan mendapatkan maklumat yang berguna untuk menjalankan, memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Visi UIB adalah untuk melahirkan generasi usahawan teknokrat dan korporat bumiputera yang berdaya saing dan komited dalam menjalankan perniagaan.

UIB mengalu-alukan sebarang pandangan yang bermanfaat untuk faedah kita bersama. UIB boleh dihubungi melalui telefon 013 477 1 477 atau emailkan kepada iksbumiputera@yahoo.com