Apakah reka bentuk perindustrian?
reka bentuk perindustrian adalah merupakan aspek hiasan sesuatu barang. Reka bentuk tersebut boleh terdiri daripada ciri tiga dimensi seperti bentuk atau tatarajah sesuatu artikel atau ciri dua dimensi seperti corak dan hiasan.
Ciri reka bentuk tersebut hendaklah digunapakai pada sesuatu barang melalui sesuatu proses atau cara perindustrian yangmana ciri pada barang siap adalah menarik kepada pandangan mata.
Bilakah sesuatu permohonan harus difailkan?
Memandangkan tuntutan hak adalah berdasarkan atas dasar “pertama difail”, pemfailan permohonan reka bentuk perindustrian hendaklah dibuat secepat mungkin atau sebelum sesuatu barang dizahirkan kepada awam. Oleh demikian, sesuatu reka bentuk perindustrian hendaklah dirahsiakan.
Apakah hak ekslusif pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar?
Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar diberi hak eksklusif untuk membuat, mengimport, menjual atau menyewa apa-apa barang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar telah digunakan. Pengguna lain haruslah memperolehi kebenaran pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar sebelum menggunakan sesuatu reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan.
Berapa lamakah tempoh perlindungan yang diberi?
Sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan untuk 2 tempoh lagi dengan perlindungan 5 tahun setiap kali lanjutan.
Sejauhmanakah perlindungan yang diberi?
Sesuatu reka bentuk perindustrian yang berdaftar di Malaysia adalah hanya diberi perlindungan di Malaysia. Untuk mendapatkan pwrlindungan di negara-negara lain, permohonan hendakalah difailkan dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh terawal ianya difailkan di mana-mana negara ahli Konvensyen Paris.
Bilakah sesuatu reka bentuk perindustrian boleh dikilangkan atau dijual?
Bila-bila masa selepas sesuatu permohonan telah difailkan. Pemohon yang ingin mengeksplotasikan rekabentuk di pasaran antarabangsa hendaklah memperolehi perlindungan diluar negeri.
Apakah reka bentuk perindustrian berdaftar didedahkan kepada pihak awam?
Reka bentuk perindustrian berdaftar adalah dibuka untuk semakan awam dan butir-butir pendaftaran adalah direkodkan dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan.
B. PROSEDUR PERMOHONAN
Apakah reka bentuk perindustrian yang boleh didaftarkan?
Sesuatu reka bentuk perindustrian hendaklah baru pada tarikh pemfailan. Rekabentuk tersebut adalah ‘baru’ jika ianya tidak dizahirkan dalam apa jua cara kepada awam di Malaysia sebelum tarikh pemfailan dan ianya tiada dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian.
Apakah jenis reka bentuk yang tidak boleh didaftarkan?
Rekabentuk ke atas setengah barang adalah terkeluar dariapada pendaftaran. Sesuatu reka bentuk perindustrian tidak boleh didaftarkan jika:-
- tidak mempunyai nilai estetik yang jelas atau hanya berbeza dari segi ciri-ciri tidak material sahaja;
- merupakan satu kaedah atau prinsip pembinaan;
- rekabentuk tesebut adalah bertentangan dengan ketenteraman awam dan moral;
- rekabentuk tersebut hanya menekankan kepada cara berfungsi sesuatu barang;
- rekabentuk barang itu bergantung kepada rupa sesuatu barang lain.
( Bersambung… )

Leave a comment
Comments feed for this article